Message to readers:

Whenever it is getting to like whatthehellisthis blog, segera klik X. Saya banyak merapu. 1/12/2013

Halaman

Pelaburan Terbaik Dunia

 Web hosting Malaysia terbaik
 cara-cara pelaburan emas, labur emas cara-cara pelaburan silver, labur perak

Selasa, 31 Disember 2013

Panduan Labur ASB Pada Usia Muda

Parents ako mencorakkan. Ako hanya mematuhi. Kemudian ako cuba memahami pencaturan mereka. Ako paham jugak lah...bolehlah. 

Ako menulis dengan pengetahuan yang sangat newbie disebabkan itu tulisan untuk entri dilihat begitu detail. Skip2 je mana korang rasa part-part yang membuangkan masa ya. 

Jadi pada usia yang muda ini, ako melabur saham ASB dengan starting sebanyak RM190,000. Dalam masa 25 tahun, ako harap ako dapat melunaskan segala-galanya. Lagi segera, lagi bagus. So, cepatlah ako dapat menikmati RM190k ako iteww.

ASB kan ada memberi bonus dan dividen setiap tahun. Jadi pada tahun ini sahaja, bonus dan dividen adalah 8.7%. Tahun lepas, 8.9%.

Setelah berunding bersama bapak dengan pegawai CIMB, interest BLR didapati pada tahun ini amat rendah. 3.25% sahaja berbanding tahun lepas kadar interest agak tinggi. 3.50%. Mungkin rezeki ako tahun ini interest rendah. Alhamdulillah. 

Bonus dan dividen adalah 8.7% ini tahun. Tahun depan tak tahu lah macam mana kan? Harap-harap naik lah saham nya. InsyaAllah.

Mari lihat table ini.

Tahun KePokok (RM)Rate (Bonus + Dividen)Perolehan
1190,000.008.70%16,530.00
2206,530.008.70%17,968.11
3224,498.118.70%19,531.34
4244,029.458.70%21,230.56
5265,260.018.70%23,077.62
6288,337.638.70%25,085.37
7313,423.008.70%27,267.80
8340,690.808.70%29,640.10
9370,330.908.70%32,218.79
10402,549.698.70%35,021.82
11437,571.518.70%38,068.72
12475,640.248.70%41,380.70
13517,020.948.70%44,980.82
14562,001.768.70%48,894.15
15610,895.918.70%53,147.94
16664,043.868.70%57,771.82
17721,815.678.70%62,797.96
18784,613.638.70%68,261.39
19852,875.028.70%74,200.13
20927,075.158.70%80,655.54
211,007,730.688.70%87,672.57
221,095,403.258.70%95,300.08
231,190,703.348.70%103,591.19
241,294,294.538.70%112,603.62
251,406,898.158.70%122,400.14

Ako masih seorang student. InsyaAllah, lagi 4 tahun, ako akan bekerja. Seperti yang dilihat, 4 tahun pertama ako bold kan. Bermaksud ako tidak akan berbelanja langsung duit perolehan ako tu. Kalau tidak duit pokok akan sama RM190k every year. Bermakna, takkan bertambah lah duit pokok for the next year. Bermakna, sama lah perolehan ako every year. Tak bertambah, tak best. 


Lihat, tahun pertama, duit perolehan adalah RM16530. 

RM190000 x 8.7% = RM16530.

Bulanan ansuran = 

(Pokok x BLR x Bil. Tahun Komitmen) + RM190k/ Bil. Bulan Komitmen

25tahun = 300 bulan. 

(RM190k x 3.25% x 25 tahun) + RM190k/ 300 bulan 

=RM1147.92 
~ RM1148

RM1148 X 12 bulan 

= RM13776

RM16530 - RM13776 = RM2754

RM2754 adalah untung ako. 

RM2754/ 12 bulan = RM229.50.

Jadi, dalam sebulan ako boleh guna RM229.50 untuk cover makan pakai bil internet bagai semua itu.

Contoh lah simpanan dalam bank ako ada dalam RM10,000.

RM10000/ RM1148 = 8 bulan

Hanya 8 bulan sahaja RM10000 tadi dapat cover. Selebih 4 bulan, bapak ako coverkan. Terima kasih bapak! Atau ako jugak boleh top upkan dengan untung business onlineku. 

Seperti yang ako katakan, lagi cepat bayar, lagi bagus kan? Untuk lebih cepat capai, kena lah buat business. Passive income. Positive cashflow. 
Percuma PanduanCashflow.com


Selama 4 tahun pertama ako takkan sentuh duit perolehan. Sebab ako nak duit pokok aku bertambah every year. Duit perolehan juga digunakan balik untuk melunaskan ansuran bulanan sebanyak RM1148 tadi. 

Selepas 4 tahun, ako nak sentuh duit perolehan pun boleh. Suka hati hang la nak guna buat melancong ke, buat bisnes ke kasi settle cepat2 loan atau apa-apa je lah nak mengembangkan sosioekonomi korang tuh.

Selepas 4 tahun juga, ako kan bekerja. Sekiranya rezeki ako baik dan bergaji besar, maka gaji ako pula akan digunakan untuk komitmen bulanan tadi. Dan juga berhasrat untuk membantu abah ako yang bersusah payah menop upkan untuk ako (4 tahun pertama.) 

Sian abah. 


------------- :)

Jadi, begitu lah antara strategi-strategi melabur dalam saham ASB ini. 

Ako menasihatkan agar labur lah pada usia muda. Kepada ibu-ibu, bapak-bapak, laburlah untuk anak-anak anda demi masa depan mereka. Kepada golongan remaja, jangan punah-punah duit - pesan mak saya. Simpan, labur untuk breed semula duit itu. Follow current issue for your own good. Jadi celik wang menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Faham kan?

Ako juga ingin merakam kan terima kasih kepada Perdana Menteri Najib kita kerana memberi peluang kepada bumiputera untuk ASB 2.0 pula. Kali ini starting loan tidak punya limit. Hang nak start RM1 juta sekalipon, hang buat lah. Tak de sape nak halang. Ada duit ka?

Kaum lain selain bumi tidak mendapat peluang ini. So, be an opportunist!

Orang Melayu khususnya perlu celik akan peluang-peluang pelaburan yang ada untuk memperbaiki taraf sosioekonomi dengan agresif dan gemilang. Guna akal, jangan guna along, dan dilarang berdengki atas kejayaan orang lain. 

I AM SERIOUS.

Ako yang meningkat dewasa ini sedang banyak mempelajari selok-belok ke arah financial freedom. Semoga sama-sama kaya. Harta dan jiwa. 

Salam. 




 


Nota!
Jika pembaca mahu sheet excel kira-kira di atas, boleh download di mediafire. Percuma sahaja. Value yang berwarna kuning sahaja boleh ditukar-tukar. Klik download.



Rujuk

-Blog Kentzigeberuang antara rujukan bagus untuk pelajari teknik loan ASB. 
-Solusi - Halal atau haram pelaburan ASB ini?
-Blog celik wang patuh syariah di Pakdi.net oleh Suzardi Mazlan

Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ya saya?